Katanya Melayu orang budiman
ULASAN l Katanya Melayu orang budiman, tetapi mengapakah apabila diberikan mandat dia khianat. Sudah elok-elok masuk secara terhormat, dia pilih masuk pintu belakang yang dilaknat.
Diberikan amanah dengan gaji lumayan dia khianati amanah dan buat kejahatan. Sudah sinonim dengan salah guna kuasa, penyelewengan dan rasuah.
Diserahkan anak murid untuk diajar, mereka cabul kehormatan. Lebih keji daripada haiwan.
Diberikan Kitab Suci dan Hadis, mereka jaja sebagai modal politik untuk memenuhi nafsu dan gaya hidup hedonisme.
Tidak ada hari berlalu tanpa orang berbangsa Melayu dipasung, diheret ke mahkamah dan dipenjara macam haiwan ganas kerana pelbagai angkara.
Apa sudah jadi dengan orang Melayu yang dikatakan berbudi kerana bangsanya dan beriman kerana agamanya?
Ke manakah hilang Melayu yang dikatakan budiman itu?
Ingatkah lagi Melayu kepada cogan kata "Suluh Budiman" yang menjadi misi suci Maktab Perguruan Sultan Idris (kini Universiti Pendidikan Sultan Idris) dan kebanggaan setiap orang guru?
Atau Melayu mudah lupa?
Lagilah mudarat jika Melayu tidak pernah tahu dan tidak pernah beringat.
A KADIR JASIN ialah tokoh wartawan veteran, bekas penasihat media Dr Mahathir Mohamad ketika menjadi perdana menteri serta pernah menjadi anggota Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu.
Tulisan ini disiarkan kali pertama di media sosialnya dengan tajuk yang sama. Ia tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai