Mahkamah: Keputusan kabinet PH lanjut lesen operasi Lynas sah
Keputusan kabinet Pakatan Harapan pada tahun 2019 untuk melanjutkan lesen operasi enam bulan kepada kilang nadir bumi Lynas Corporation adalah sah dan cabaran undang-undang terhadapnya adalah bersifat akademik, menurut penghakiman mahkamah.
Hakim Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur, Ahmad Kamal Md Shahid, memutuskan perkara ini melalui penghakiman penuh bertulis mengenai pembatalan semakan kehakiman terhadap lanjutan operasi Lynas.
Pada 28 Julai, Mahkamah Tinggi menolak semakan kehakiman oleh kumpulan Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) dan dua penduduk Kuantan terhadap keputusan 2019 oleh pentadbiran PH ketika itu untuk memberikan lanjutan lesen operasi selama enam bulan kepada Lynas.
Ketiga-tiga pemohon semakan kehakiman itu telah mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan.
Ketika dihubungi oleh Malaysiakini, peguam para pemohon semakan kehakiman berkenaan, Larissa Ann-Louis mengesahkan dokumen penghakiman penuh Mahkamah Tinggi bertarikh 3 September tahun ini.
Menurut salinan penghakiman penuh bertulis ituyang dilihat oleh Malaysiakini, Kamal memutuskan keputusan kabinet pada 15 Ogos 2019 telah dibuat secara sah kerana ia tidak melanggar kuasa menteri sains, teknologi, alam sekitar dan iklim ketika itu, Yeo Bee Yin.
Sebelum ini, ketiga-tiga pemohon semakan kehakiman itu berpendapat keputusan 15 Ogos 2019 tidak sah kerana Yeo didakwa salah memberikan kuasa menteri kepada kabinet ketika itu.
Pemohon semakan kehakiman berkenaan merujuk kepada kuasa menteri Yeo ketika itu untuk memutuskan rayuan Lynas terhadap keputusan AELB pada 4 Disember 2018, yang mengatakan Lynas mesti memenuhi dua prasyarat sebelum lesen operasinya dapat diperbaharui.
Kamal memutuskan keputusan kabinet pada 15 Ogos 2019, tidak berkaitan dengan rayuan Lynas, tetapi hanya melanjutkan lesen operasi selama enam bulan.
Hakim berkata Yeo, melalui serangkaian surat-menyurat, telah memutuskan rayuan Lynas terhadap pengenaan kedua-dua prasyarat itu, yang berbeza dengan keputusan kabinet untuk membenarkan lanjutan operasi selama enam bulan.
Kamal merujuk kepada surat Yeo kepada Lembaga Peselesenan Tenaga Atom (AELB) bertarikh 13 Ogos 2019, yang mana menteri itu mengarahkan lembaga berkenaan untuk mengambil tindakan yang diperlukan berkaitan dengan pengenaan prasyarat pada Lynas.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai