Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

15,549 kes baru Covid-19 hari ini

Terdapat 15,549 kes baru Covid-19 yang dilaporkan hari ini, menurut Kementerian Kesihatan (KKM).

Jumlah kes baru harian di Lembah Klang (2,408) kekal rendah berbanding Sarawak (2,929) untuk hari keempat.

Daripada jumlah keseluruhan kes harian yang dilaporkan hari ini, sebanyak 263 kes (1.69 peratus) adalah pesakit kategori 3, 4 dan 5.

Manakala 15,286 kes (98.31 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Seramai1,165 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 689 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sebanyak 16 kluster baru dikesan hari ini, menjadikan kluster aktif kini adalah sebanyak 1,364.

KKM juga memaklumkan seramai 17,205 pesakit telah sembuh sepenuhnya daripada jangkitan Covid-19 hari ini.

Berikut pecahan kes baru mengikut negeri:

  • Sarawak (2,929)
  • Johor (2,208)
  • Selangor (1,995)
  • Sabah (1,395)
  • Pulau Pinang (1,375)
  • Kelantan (1,214)
  • Perak (1,120)
  • Kedah (1,073)
  • Terengganu (755)
  • Pahang (634)
  • Kuala Lumpur (382)
  • Melaka (263)
  • Negeri Sembilan (131)
  • Perlis (33)
  • Putrajaya (31)
  • Labuan (11)