Tukang cuci Hospital Bahagia piket, tuntut gaji naik RM30
Sekumpulan 40 pekerja kontrak pembersihan hospital kontrak ditugaskan bekerja di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Ipoh, hari ini mengadakan piket di luar kemudahan psikiatri itu dengan beberapa tuntutan, termasuk kenaikan gaji secara saksama sebanyak RM30.
Setiausaha Eksekutif Kesatuan Pekerja-pekerja Swasta Perkhidmatan Sokongan di Hospital Kerajaan Semenanjung Malaysia M Sarasvathy berkata masalah itu timbul setelah kontrak pembersihan hospital kerajaan di Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis diambil alih oleh Edgenta UEMS - anak syarikat berkaitan kerajaan (GLC) UEM Edgenta - pada 1 Jan tahun lalu.
Untuk rekod, UEM Edgenta adalah anak syarikat GLC UEM Group dimiliki sepenuhnya oleh syarikat subsidiari Khazanah Nasional Berhad sejak 2001.
Tuntutan utama mereka adalah kenaikan RM30 kepada semua pekerja sejak bulan Julai dan bukannya hanya beberapa orang terpilih yang lulus penilaian mereka.
"Gaji baru adalah RM1,230 tetapi 90 peratus pekerja kontrak pembersihan tidak mendapat kenaikan itu.
"UEMS tentu mampu memberikan kenaikan RM30 yang kecil ini kepada semua pekerja," kata Sarasvathy pada satu kenyataan.
Dia berkata pekerja juga menuntut pemulihan cuti umum dan manfaat elaun perubatan mereka sebelum ini yang didakwa dipotong dari 15 hari menjadi 11 hari dan daripada RM1,000 menjadi RM200.
Pekerja yang berkumpul di lokasi itu dilihat membawa sepanduk tuntutan mereka, yang juga termasuk elaun pekerjaan berbahaya Covid-19, pakaian seragam baru dan bayaran (one off) RM700.
Dikenal sebagai kemudahan psikiatrik terbesar di negara ini, difahamkan Hospital Bahagia Ulu Kinta juga terlibat menerima kemasukan pesakit Covid-19.
Terdahulu, Sarasvathy memimpin para pekerja berpiket yang berlangsung sekitar 20 minit sebelum bersurai dengan tenang pada jam 4 petang tadi.
"Mengadakanpiket adalah hak kita bawah Akta Kesatuan Sekerja 1959. Ini adalah masalah antara pekerja dan majikan.
"Hari ini kami mengikuti arahan polis, tetapi perkara ini tidak akan berakhir di sini," kata Sarasvathy.
Sebelum ini, Sarasvathy yang juga ahli jawatankuasa PSM memberitahu Malaysiakini dia dihubungi oleh polis dari ibu pejabat polis daerah Ipoh yang bertanya mengenai piket itu dan adakah kesatuan itu akan disertai oleh NGO lain.
Dalam satu kenyataan maklum balas terhadap tuduhan kesatuan sekerja itu, UEM Edgenta berkata pihaknya selalu berhubungan dengan pekerja dan membuat penambahbaikan terhadap keadaan pekerjaan mereka.
Oleh itu, UEM Edgenta yang merupakan GLC milik Khazanah Nasional berkata pihaknya kesal kerana tuduhan perlakuan tidak adil mengenai elaun dan penghargaan pekerja dibuat walaupun disebalik semua usaha yang telah dilakukan oleh syarikat
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai