Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

MOU: Agung bersyukur, harap kemelut politik berakhir

  • Dikemas kini dengan laporan penuh.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa syukur dan sukacita dengan kerjasama kerajaan dan Pakatan Harapan (PH) yang dimaterai melalui memorandum persefahaman (MOU).

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Ahmad Fadil Shamsuddin berkata Seri Paduka berharap kemelut politik akan berakhir segera susulan MOU itu.

“Seri Paduka Baginda mengulangi pandangan baginda bahawa rakyat tidak wajar dibebankan dengan kemelut politik yang tidak berkesudahan pada ketika negara bergelut menghadapi isu kesihatan dan kelembapan ekonomi akibat pandemik Covid-19,” katanya.

Fadil berkata, pendekatan itu selaras dengan pendirian raja-raja Melayu supaya wujud kerajaan yang stabil dan berfungsi dengan cekap serta berhemah.

“Oleh hal yang demlkian, Seri Paduka Baginda menasihati ahli-ahli Dewan Rakyat

supaya memberikan keutamaan kepada kemaslahalan rakyat dan kesejahteraan negara pada sidang parliman yang kini sedang berfangsung,” katanya.