Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

15,669 jangkitan baru, kes di Lembah Klang kembali atas 3,000

Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 15,669 kes baru manakala Lembah Klang terus melaporkan kenaikan kes baru sejak empat hari lalu.

Setakat semalam, nilai kadar kebolehjangkitan R-0.9 untuk seluruh negara. N-R yang kurang dari 1.00 menunjukkan penyebaran Covid-19 semakin perlahan.

Di Selangor, Sabah, Melaka, Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya, dan Kedah jumlah R-kurang dari 1.00.

Kes mengikut negeri:

  • Selangor (2,632)
  • Sarawak (1,983)
  • Johor (1,974)
  • Sabah (1,784)
  • Pulau Pinang (1,651)
  • Kelantan (1,406)
  • Kedah (1,207)
  • Perak (856)
  • Pahang (763)
  • Terengganu (483)
  • Kuala Lumpur (411)
  • Melaka (329)
  • Negeri Sembilan (143)
  • Perlis (30)
  • Putrajaya (14)
  • Labuan (3)

Status ringkas Covid-19 setakat jam 12:00 tengah hari:

  • Kes sembuh : 18,053 kes (1,764,579 kes kumulatif, 87.7%);
  • Kes baru : 15,669 kes (2,011,440 kes kumulatif);
  • Kes import : 17 kes (7 warganegara; 10 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 15,652 kes [14,169 warganegara (90.5%); 1,483 bukan warganegara (9.5%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 1,266 kes (954 kes Covid-19; 312 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 689 kes (432 kes Covid-19; 257 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);
  • Jumlah kluster : 5,182 kluster;
  • Jumlah kluster baru : 29 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 3,734 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 1,448 kluster.