Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Sekolah di Fasa 3,4 PPN dibuka semula 3 Okt, guna sistem giliran mingguan

Kementerian Pendidikan mengumumkan sistem penggiliran secara mingguan untuk kelas secara fizikal bermula 3 Oktober ini di negeri di bawah Fasa 3 dan 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Bagi di negeri di bawah Fasa 1 dan 2, sekolah kekal ditutup kecuali bagi pelajar yang akan menghadapi peperiksaan utama.

Menteri Pendidikan Mohd Radzi Md Jidin berkata, sistem penggiliran ini bagi memastikan kehadiran ke sekolah hanya melibatkan 50 peratus daripada jumlah keseluruhan pelajar.

"Murid dalam kelas akan dibahagikan kepada dua kumpulan (dengan) hanya satu kumpulan hadir pada satu masa.

"Had jumlah murid dalam kelas adalah 50 peratu (daripada keseluruhan kelas)," katanya dalam sidang media hari ini.

Hanya pelajar tingkatan tertentu bagi sekolah menengah di negeri bawah Fasa 3 akan kembali ke sekolah, begitu juga dengan murid darjah tertentu di negeri bawah Fasa 4 PPN.

Bagaimanapun sistem penggiliran mingguan ini dikecualikan antaranya kepada pelajar sekolah berasrama penuh (SBP), murid keperluan khas dan pelajar tingkatan 6 dalam semester 2.

Semua pelajar yang tidak kembali ke sekolah akan meneruskan kelas dalam talian.

Radzi juga berkata tindakan disiplin tidak akan dikenakan kepada pelajar yang mahu kekal dengan pembelajaran di rumah.

[Baca laporan asal]