Dua lelaki jatuh dalam kolam tadahan air ditemukan lemas
Dua lelaki ditemukan lemas selepas terjatuh ke dalam Kolam Tadahan Air, Lombong Bijih Besi, Batu Talam di Raub, dekat Kuantan semalam.
Ketua Polis Daerah Raub Supt Kama Azural Mohamed berkata warga tempatan Siak Teck Wah, 53, dan dan warga Indonesia, Adi Piter, 25, dilaporkan terjatuh ke dalam kolam itu oleh rakan mereka sekitar pukul 10.40 pagi.
Beliau berkata berdasarkan maklumat awal diterima kedua-dua mereka dipercayai telah disedut oleh paip salur keluar air di dalam kolam tadahan air dari lombong bijih besi yang mempunyai kedalaman kira-kira lima meter itu.
"Mayat Adi Piter ditemukan pada 12.30 tengah hari berdekatan paip salur keluar air kolam itu, namun ia mengambil masa untuk dinaikan kerana tekanan air yang masih kuat dan kaki warga Indonesia itu tersangkut di dalam paip berkenaan.
"Bantuan dari jentera jengkaut telah digunakan untuk membuka salur kolam supaya air cepat surut untuk mencari Siak, yang kemudiannya ditemukan berdekatan dengan mayat Adi Piter pada pukul 1.15 petang," katanya dalam kenyataan di Kuantan semalam.
Kama Azural berkata kedua-dua mayat berjaya dinaikkan oleh anggota bomba pada 1.20 petang sebelum di bawa ke Hospital Raub untuk bedah siasat.
Sementara itu Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang dalam kenyataan memaklumkan tujuh anggota dan pegawai bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Raub telah digerakkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada 11.17 pagi.
"Operasi mencara kedua-dua mangsa dibantu oleh excavator dengan cara membuat aliran air bagi mengurangkan paras air lombong. Kedua-dua mayat dinaikkan dengan menggunakan tali, dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai