Sarawak beralih ke peringkat endemik - KM
Keadaan pandemik di Sarawak kini telah beralih menjadi endemik apabila hampir semua kes Covid-19 yang dilaporkan melibatkan yang tidak bergejala atau bergejala ringan sahaja.
Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata program vaksinasi Covid-19 yang dijalankan di Sarawak sejak Februari lepas berjaya meningkatkan sistem ketahanan badan dan mengurangkan kesan serius akibat penyakit itu.
“Menurut pakar (kesihatan) keadaannya sama dengan kolera, SARS (Sindrom Pernafasan Akut Teruk) dan Swine flu yang apabila (virus Covid) dapat dilawan, akan membawa ke peringkat disebut endemik, di mana kita hidup dengan virus tetapi kita ada sistem pertahanan dalam tubuh (untuk melindungi) kita.
"Kalaulah tidak ada vaksinasi mungkin keadaannya berlainan. Apabila seseorang itu sudah divaksinasi, dia akan mempunyai sistem daya tahan diri untuk melawan virus Covid-19," katanya selepas meninjau pelaksanaan program vaksinasi Covid-19 untuk remaja berumur 16 dan 17 tahun di Kampung Telaga Air, kira-kira 25 km dari Kuching.
Beliau berkata setakat ini Sarawak telah mencapai 88.9 peratus liputan dos lengkap vaksin Covid-19 bagi golongan dewasa yang layak atau 65.1 daripada keseluruhan populasi Sarawak dan peratusan ini akan terus bertambah memandangkan program vaksinasi masih berjalan.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai