Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Wakil rakyat bukan pelacur politik yang boleh dijual beli - Salahuddin

Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub menegaskan wakil-wakil rakyat adalah pembuat dasar, dan bukannya pelacur politik yang boleh dijual beli.

Berucap pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Salahuddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Simpang Jeram mengingatkan kerajaan agar berhenti menjadikan wakil rakyat sebagai pelacur politik.

“Antara tawaran kita yang penting yang PH (Pakatan Harapan) akan bawa adalah berkenaan dengan Rang Undang-Undang (RUU) lompat parti dan ini menjunjung titah Tuanku Sultan Johor yang baru-baru ini menyatakan tidak mahu DUN menjadi sangkar beruk.

“Jadi kita tak nak lagi daripada Dewan Parlimen dan DUN ini menjadi sangkar beruk di mana terdapat lagi wakil-wakil rakyat yang menjual mempergadaikan mandat mereka lompat ke sana ke mari.

“Sebenarnya kita ini adalah pembuat dasar. Kita bukan pelacur politik,” katanya seperti dilaporkan portal Malaysia Dateline.

Dia yang juga adalah ahli parlimen Pulai berkata tindakan menjual wakil rakyat perlu dibanteras dengan mewujudkan RUU anti lompat parti pada persidangan Dewan Rakyat nanti.