Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Aktivis saman k'jaan berhubung Akta Komunikasi dan Multimedia

Aktivis Heidy Quah Gaik Li memfailkan tindakan undang-undang terhadap kerajaan berhubung beberapa bahagian dalam Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia yang menjenayahkan komen secara dalam talian yang didakwa menyinggung perasaan.

Dia mengemukakan saman sivil di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 30 Ogos lalu melalui firma guaman Amer Bon bagi memohon perintah mahkamah untuk memutuskan perkataan "menyinggung perasaan" dan "jelik" dalam Seksyen 233 sebagai tidak sah kerana tidak berperlembagaan.

Seksyen 233 (1) (a) menyatakan bahawa mana-mana orang yang membuat kandungan yang mengancam atau menyinggung dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, menggugut atau mengganggu orang lain adalah satu kesalahan. 

Quah yang merupakan pengasas Refufge for Refugees, mengesahkan perkara itu dengan Malaysiakini.

Dia kini menghadapi tuduhan mahkamah di bawah seksyen yang sama berhubung hantaran di Facebook tahun lalu mengenai dakwaan penganiayaan terhadap pelarian di pusat tahanan Imigresen.

Bulan lalu dia mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kerana membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain melalui Facebook menggunakan nama profil 'Heidy Quah' pada 5.30 pagi, 5 Jun 2020.

Pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233 (3) akta sama, yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara hingga setahun atau kedua-duanya.

Perbicaraan terhadap Quah ditetapkan untuk sebutan di mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini, manakala pengurusan kes secara dalam talian bagi saman sivil yang difailkannya dijadual di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 14 September.

[Baca berita penuh]