Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

19,378 kes baru, 330 pesakit meninggal dunia

Sehingga 3 September 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 19,378 kes (1,805,382 kes).

Untuk tiga hari berturut-turut, kes baru di Lembah Klang lebih rendah berbanding jumlah jangkitan baru di Sabah dan Sarawak.

Kadar R-naught bagi Malaysia meneruskan trend penurunan dengan 0.97 setakat semalam. Kadar kurang 1.00 menunjukkan penularan yang menurun.

Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan mencatatkan kadar paling rendah. Kadar vaksinasi di kedua-duanya lebih tinggi berbanding kadar purata.

Bagaimanapun, Sarawak yang memiliki kadar vaksinasi 63.3 peratus populasi dewasa terus menyaksikan peningkatan kes baru dan jumlah pesakit di hospital sejak pertengahan bulan lalu.

Jumlah kes aktif juga kian menurun sejak mencapai angka tertinggi pada 28 Ogos lalu, sementara bilangan pesakit di ICU kini di bawah 1,000.

  • Pesakit sembuh: 22,399
  • Kes aktif: 259,189
  • Pesakit dalam ICU*: 975
  • Pesakit perlu bantuan pernafasan*: 463
  • Kematian: 330

(*Kes disahkan positif Covid-19 sahaja)

 Berikut pecahan kes baru mengikut negeri:

  • Selangor - 3,613 (615,392)
  • Sarawak - 2,464 (124,428)
  • Sabah - 2,404 (155,006)
  • Johor - 2,331 (145,116)
  • Pulau Pinang - 1,726 (91,579)
  • Kedah - 1,470 (104,552)
  • Perak - 1,389 (71,371)
  • Kelantan - 1,356 (81,633)
  • Kuala Lumpur - 740 (175,283)
  • Pahang - 559 (46,006)
  • Melaka - 399 (49,673)
  • Terengganu - 532 (35,517)
  • Negeri Sembilan - 270 (92,338)
  • Perlis - 80 (2,157)
  • Putrajaya - 41 (5,510)
  • Labuan - 4 (9,821)

Kematian

Terdapat 330 lagi pesakit Covid-19 yang meninggal dunia, menjadikan jumlah korban setakat ini serama 17,521 orang.

Terdapat 93 mangsa yang meninggal dunia di luar hospital.

Terdapat 148 kes kematian dilaporkan di Selangor, diikuti dengan (Pulau Pinang), Johor (37), Sabah (35), Kedah (21), Perak (15), Melaka (11), Kelantan (11), Sarawak (6), Pahang (4), Terengganu (2) dan Kuala Lumpur (2).

Kluster

Terdapat 34 kluster yang baru dikenal pasti, menjadikan jumlah kluster aktif pada masa ini sebanyak 1,476 kluster.

Daripada jumlah itu, 20 adalah kluster tempat kerja, disusuli dengan lapan kluster komuniti, empat kluster kumpulan berisiko tinggi dan masing-masing satu kluster pendidikan tinggi dan keagamaan.

[Berita lanjut menyusul]