Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Melaka masuk fasa 2, Negeri Sembilan fasa 3 PPN mulai 4 Sept

Berkuat kuasa 4 September ini, Melaka akan memasuki fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) manakala Negeri Sembilan memasuki fasa 3.

Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan hari ini.

Ismail Sabri berkata keputusan itu dibuat oleh Sidang Khas Pengurusan Pandemik Covid-19.

Sebelum ini kerajaan menetapkan tiga kriteria bagi peralihan daripada Fasa 1 ke Fasa 2:

  • Purata kes baru bagi tujuh hari di bawah nilai ambang yang ditetapkan berdasarkan populasi negeri
  • Bilangan pesakit dalam ICU yang "sederhana"
  • Kadar vaksinasi penuh 10 peratus populasi dewasa

Menurut data Kementerian Kesihatan, penggunaan katil ICU di Melaka pada masa ini adalah 80 peratus daripada 92 katil, melebihi kadar "sederhana" 75 peratus.

Setakat 1 September lalu, meneri itu telah mencapai kadar vaksinasi penuh 59.2 peratus dengan jumlah kumulatif kes sebanyak 92,068 kes.

Beberapa negeri yang beralih ke Fasa 2 pada bulan lalu telah mengalami kemerosotan dalam kriteria yang ditetapkan tetapi tiada sekatan lanjut dikenakan melainkan perintah kawalan pergerakan diperketatkan di kawasan tertentu secara bersasar.

Selain itu, dia juga mengumumkan sidang itu juga setuju untuk membuka sektor pelancongan di beberapa lokasi di bawah program "travel bubble", berdasarkan syarat yang ditetapkan.

"Sebagai permulaan, Pulau Langkawi telah dipilih sebagai projek rintis untuk dibuka kembali kepada pelancong tempatan bermula 16 September.

"Destinasi pelancongan yang lain akan dibenarkan beroperasi apabila kadar vaksinasi lokaliti mencapai 80 peratus," katanya.

[Berita lanjut menyusul]