Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

20,988 kes baru, jumlah kes di Sabah, Sarawak melebihi Lembah Klang

Terdapat 2,988 kes baru Covid-19 yang dilaporkan hari ini, menurut Kementerian Kesihatan (KKM).

Jumlah keseluruhan kes baru di Malaysia Timur hari ini lebih tinggi berbanding seluruh Lembah Klang.

Terdapat 2,992 kes baru yang dilaporkan di Sarawak dan 2,329 kes baru di Sabah.

Sementara kadar vaksinasi penuh di Sarawak dan Lembah Kelang melebihi 60 peratus, kadar di Sabah pula hanya setakat 28.8 peratus.

Rekod kes baru turut dilaporkan di Kedah (2,455), Sarawak (2,992) dan Terengganu (987).

Negeri lain yang mencatat kes empat angka adalah Johor (2,145), Pulau Pinang (1,600) dan Kelantan (1,247).

  • Pesakit sembuh: 23,473
  • Kes aktif: 262,540
  • Pesakit dalam ICU: 1,001
  • Pesakit perlu bantuan pernafasan: 783
  • Kematian: 249

Kadar kebolehjangkitan, atau R-naught buat Malaysia adalah 0.99 sejak semalam. Kadar bawah 1.00 menunjukkan penularan yang berkurang.

Selangor, Putrajaya, Melaka, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Labuan mencatatkan R-naught bawah 1.00.

Bilangan kes aktif dan pesakit yang perlu dirawat di ICU dilihat mendatar sejak seminggu lalu.

 Berikut pecahan kes baru mengikut negeri:

  • Selangor - 4,073 (611,779)
  • Sarawak - 2,992 (121,964)
  • Kedah - 2,455 (103,082)
  • Sabah - 2,329 (152,602)
  • Johor - 2,145 (142,785)
  • Pulau Pinang - 1,600 (89,853)
  • Kelantan - 1,247 (80,277)
  • Perak - 990 (69,982)
  • Terengganu - 987 (34,985)
  • Kuala Lumpur - 731 (174,543)
  • Pahang - 599 (45,447)
  • Melaka - 407 (49,274)
  • Negeri Sembilan - 301 (92,068)
  • Perlis - 90 (2,077)
  • Putrajaya - 37 (5,469)
  • Labuan - 5 (9,817)

Kematian

Terdapat 249 lagi pesakit yang dilaporkan meninggal dunia hari ini, menjadikan jumlah korban Covid-19 di Malaysia setakat ini seramai 17,191 orang.

Terdapat 80 pesakit yang meninggal dunia tanpa menerima rawatan hospital.

Kes kematian dilaporkan di Selangor (61), Johor (40), Pulau Pinang (39), Sabah (33), Kedah (16), Kuala Lumpur (16), Melaka (13), Perak (9). Sarawak (8), Kelantan (6), Negeri Sembilan (4), Terengganu (3) dan Perlis (1).

Kluster

Terdapat 31 kluster yang baru dikenal pasti, menjadikan jumlah kluster aktif pada masa ini sebanyak 1,488 kluster.

Daripada jumlah itu, 17 adalah kluster tempat kerja, disusuli dengan sembilan kluster komuniti, empat kluster kumpulan berisiko tinggi dan satu kluster pendidikan tinggi.