3 lokaliti di Kelantan, 2 di Sabah, 2 di Pahang dikenakan PKPD
Tiga lokaliti di Kelantan dan masing-masing dua lokaliti di Sabah dan Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai Rabu (1 Sept) hingga 14 Sept ini, kata Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Rodzi Md Saad.
Beliau berkata lokaliti di Kelantan melibatkan Kampung Lata Tual, Kampung Tok Uban dan Kampung Kubang Kerian di Kuala Krai sementara di Pahang membabitkan Kampung Batu Papan dan Kampung Batu Papan Tengah di daerah Bera.
“Di Sabah pula melibatkan Kampung Lotong di Kota Marudu dan Kampung Penangah di Tongod,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu PKPD di Kampung Temalian di Raub, Pahang dan Kampung Hidayat di Tawau, Sabah yang sepatutnya tamat esok turut dilanjutkan bagi tempoh sama hingga 14 Sept ini, manakala tujuh lokaliti PKPD di Pahang dan Sabah pula ditamatkan esok.
PKPD yang ditamatkan esok mengikut jadual ialah Kampung Luit di Maran, Pahang manakala di Sabah melibatkan Kampung Mentadak Baru, Pulau Sebatik; Kampung Sri Aman Batu 3 ½ Jalan Apas; Taman Semarak Jaya serta Lorong Damai dan Lorong Haji Marzuki di Jalan Damai di daerah Tawau.
PKPD di Kampung Kuala Abai di Kota Belud juga di Sabah turut ditamatkan esok, iaitu sehari lebih awal daripada jadual.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai