Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Persatuan perubatan bimbang cubaan golongan antivaksin rasuah doktor

Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) khuatir dengan cubaan yang individu antivaksin yang dilaporkan cuba memberi rasuah kepada doktor untuk mendapatkan perakuan palsu bahawa mereka telah diberi vaksin sepenuhnya.

Presiden MMA Subramaniam Muniandy menggesan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia meneliti tuduhan tersebut.

"MMA sangat bimbang terhadap laporan media mengenai orang yang cuba merasuah doktor untuk mendapatkan sijil vaksinasi tanpa menerima vaksinasi.

"MMA memandang serius perkara ini dan mendesak pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan ini.

"Mereka yang didapati terlibat harus didakwa di bawah undang-undang antirasuah," katanya dalam satu kenyataan.

Dia juga mengingatkan semua doktor untuk mematuhi standard etika tertinggi dalam menjalankan tugas.

Gabungan Persatuan Pengamal Perubatan Swasta Malaysia mendedahkan bahawa pihaknya telah menerima aduan daripada ahli bahawa mereka ditawarkan sehingga RM1,000 untuk memalsukan status vaksinasi Covid-19.

Ia menambah bahawa perkara itu bukan hanya datang dari orang anti vaksinasi tetapi juga mereka yang mungkin belum diberi vaksin tetapi harus melakukan perjalanan segera.

Pensijilan vaksinasi Covid-19 menjadi lebih penting kerana kerajaan memberikan kemudahan tertentu terhadap individu yang diberi vaksin sepenuhnya di bawah sekatan pergerakan ketika ini.

Ini termasuk dibenarkan merentas daerah dan negeri untuk berjumpa pasangan dan anak serta dibolehkan makan di restoran.