Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan
180,000 dos vaksin satu suntikan CanSino dihantar ke Sabah
Sebanyak 180,000 dos vaksin Covid-19 jenis satu suntikan CanSino telah dihantar ke Sabah, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
"Ingin dimaklumkan sejumlah 180,000 dos vaksin satu suntikan CanSino telah pun dihantar ke negeri Sabah.
"Diharapkan vaksin CanSino dapat mempercepatkan dan memudahkan liputan vaksinisasi khususnya di kawasan pedalaman dan kumpulan sasar yang telah dikenal pasti," katanya menerusi laman sosial Facebook dan Twitter hari ini.
Pada Selasa lepas, Pengarah Kesihatan Negeri Dr Rose Nani Mudin dilaporkan berkata Sabah pada hari itu menerima kumpulan pertama vaksin Covid-19 jenis CanSino sebanyak 53,000 dos manakala kumpulan seterusnya dijangka diterima pada bulan ini.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai