Dr Adham: Lebih 9.8 juta orang terima dos kedua setakat semalam
Sebanyak 26,388,905 dos vaksin Covid-19 telah diberikan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.
Menerusi perkongsian infografik di Twitternya, beliau memaklumkan jumlah yang menerima dos pertama ialah 16,545,384 orang manakala 9,843,521 orang menerima dos kedua.
Mengikut peratusan, 70.7 peratus daripada populasi dewasa negara telah mendapat dos pertama, manakala 42 peratus telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19.
Sementara itu, vaksinasi harian mencatatkan 525,342 dos diberikan semalam dengan 197,962 adalah dos pertama manakala 327,380 adalah dos kedua.
PICK dilancarkan pada 24 Feb lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara.
- Bernama
Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai