Muhydidin hadir hari pertama sidang Dun Johor
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir ke persidangan hari pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, yang berlangsung di Bangunan Sultan Ismail, di sini, hari ini.
Muhyiddin, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gambir, tiba pada pukul 9.30 pagi.
Muhyiddin, yang juga Ahli Parlimen Pagoh dan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), kelihatan duduk sebaris dengan dua bekas Menteri Besar iaitu Datuk Osman Sapian (Bersatu-Kempas) dan Datuk Dr Sahruddin Jamal (Bersatu-Bukit Kepong).
Muhyiddin merupakan Menteri Besar Johor ke-13 dari 1986 sehingga 1995 selepas memenangi kerusi DUN Bukit Serampang.
Kerajaan Johor diterajui Perikatan Nasional yang mempunyai 29 kerusi berbanding blok pembangkang, Pakatan Harapan dengan 27 kerusi.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai