Covid-19 serlahkan kekurangan sistem kesihatan kita - Noor Hisham
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, wabak Covid-19 menyerlahkan kekurangan yang berlaku dalam sistem penjagaan kesihatan di negara ini.
Noor Hisham berkata, hal ini merupakan perkara yang telah lama dihadapi oleh kakitangan kesihatan.
Di sebalik kesukaran itu, Noor Hisham berkata petugas kesihatan telah bekerja keras bagi menangani wabak tersebut.
"Wabak ini telah memperlihatkan kekurangan dan ketidakcukupan sistem penjagaan kesihatan kita yang telah kita hadapi dalam beberapa dekad lalu," katanya semasa menyampaikan ucapan kepada Persatuan Ahli Anestesiologi Malaysia, Kolej Anaesthesiologist di Kongres Tahunan Anestesiologi 2021
Noor Hisham berkata, pakar anestesiologi juga memainkan peranan penting semasa wabak tersebut melanda.
"Yang tidak diketahui oleh masyarakat, mereka juga bergelut dengan masalah mereka sendiri dalam menghadapi wabak tersebut.
"Ahli anestesiologi dan kakitangan rawatan intensif memikul beban emosi bagi pesakit covid-19 yang teruk dan keluarga mereka.
"Setiap hari mereka menyaksikan atau terlibat dalam panggilan terakhir kepada keluarga sebelum intubasi kecemasan diberikan, sidang video dengan keluarga yang tidak dibenarkan berkunjung, perbincangan dengan keluarga bagi kes-kes terakhir dan rawatan menyelamatkan nyawa," katanya.
Dia menambah semua itu dilakukan dengan kesedaran bahawa mereka menghadapi risiko membawa virus SARS-CoV-2 kepada keluarga mereka apabila pulang ke rumah.
"Bagi kebanyakan orang, mereka tidak dapat berjumpa atau tinggal bersama keluarga mereka sendiri," katanya.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai