Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Perancah besi LRT3 Bukit Tinggi runtuh, seorang tertimbus

Perancah besi di tapak pembinaan LRT3 di Bandar Bukit Tinggi, Klang telah runtuh dan seorang mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan, menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor.

Dalam satu kenyataan hari ini, pasukan itu berkata berkata dua mangsa runtuhan binaan itu diselamatkan dan mengalami cedera ringan.

"Runtuhan melibatkan perencah besi struktur pembinaan laluan LRT3 di Jalan Langat dan Bandar Bukit Tinggi .

"Setakat ini, dua orang mangsa warga Bangladesh berjaya dikeluarkan dan seorang mangsa masih tertimbus oleh runtuhan besi.

"Pihak bomba masih dalam oprasi mengeluarkan mangsa," kata kenyataan itu.

Jabatan itu berkat pihaknya menerima panggilan bantuan pada jam 2.41 petang tadi dan tiba di tempat kejadian 17 minit kemudian.

[Berita penuh menyusul]