Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

17,045 jangkitan baru, kes keseluruhan lepasi sejuta

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan terdapat 17,045 kes baru Covid-19 hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes kini sebanyak 1,013,438 kes.

Ia juga merupakan rekod tertinggi buat hari ketiga berturut-turut. Jumlah kes baru semalam adalah 15,902 kes manakala 15,573 kes untuk hari sebelumnya.

Sementara itu, 92 lagi kes kematian dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan korban 7,994 orang.

Seramai 970 pesakit sedang dirwat di ICU dengan 501 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini sebanyak 160,903 kes.

Status ringkas:

  • Kes sembuh= 9,683
  • Jumlah kes sembuh= 844,541
  • Kes baharu positif= 17,045 (6 import)
  • Jumlah positif= 1,013,438
  • Kes kematian= 92
  • Jumlah kes kematian= 7,994
  • Kes dirawat di ICU= 970
  • Bantuan alat pernafasan= 501

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):

  • Selangor - 8,500 (367,469)
  • WPKL - 2,045 (110,051)
  • Johor - 950 (84,258)
  • Sabah - 818 (79,470)
  • Sarawak - 407 (73,986)
  • Negeri Sembilan - 513 (66,615)
  • Pulau Pinang - 573 (42,097)
  • Kelantan - 266 (39,673)
  • Kedah - 1,216 (38,477)
  • Perak - 609 (33,919)
  • Melaka - 370 (28,094)
  • Pahang - 424 (21,387)
  • Terengganu - 273 (14,318)
  • WP Labuan - 21 (9,599)
  • WP Putrajaya - 50 (3,367)
  • Perlis - 10 (658)


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.