Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Ordinan Antiberita Palsu berkesan kurangkan berita palsu - Saifuddin

Ordinan Antiberita Palsu berkesan mengurangkan berita palsu selepas ia dikuatkuasakan pada Mac, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah.

Katanya, ini berdasarkan penurunan mendadak dalam kes jenayah berkaitan maklumat palsu sejak pelaksanaan Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No. 2) 2021.

Saifuddin berkata daripada 282 kes berkaitan Covid-19 yang disiasat oleh polis sejak Mac 2020, hanya 29 kes disiasat di bawah ordinan tersebut.

Begitu juga, katanya Pasukan Respon Pantas yang ditubuhkan untuk menangani berita palsu hanya mengeluarkan 14 kenyataan menangani berita palsu tahun ini berbanding dengan 416 kenyataan yang dikeluarkan antara 24 Mac dan Disember 2020.

"Dari segi Ordinan Khas No 2, 2021 jelas kelihatan ia mempunyai kesan yang penting, beberapa bulan ni dapat mengurangkan penyebaran berita palsu," katanya pada sidang media yang diadakan secara maya hari ini.

Namun, Siafuddin berkata Ordinan Antiberita Palsu tidak akan digunakan setelah Ordinan Darurat berakhir.

Ketika ditanya apakah kerajaan berhasrat menghidupkan kembali Akta Antiberita Palsu 2018 yang telah dimansuhkan, dia berkata kabinet belum membincangkan mengenai perkara itu.

[Baca berita penuh]