PKPD 34 mukim di Selangor berakhir tengah malam ini
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di 34 mukim di negeri Selangor yang tamat pada tengah malam ini tidak dilanjutkan.
“Sidang khas MKN telah meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai situasi semasa dan bersetuju untuk tidak melanjutkan PKPD di kesemua mukim yang terbabit,” kata Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.
MKN pada 1 Julai lalu memutuskan untuk melaksanakan PKPD di mukim-mukim di Selangor dan beberapa lokaliti di Kuala Lumpur selama 14 hari bermula 3 hingga 16 Julai.
Ismail, ketika itu menteri kanan keselamatan, berkata keputusan itu dibuat mengambil kira trend jangkitan yang tinggi dan meningkat serta nilai kebolehjangkitan yang berada pada tahap lingkungan 1.00.
Katanya, situasi itu membimbangkan, mengambil kira kepadatan penduduk dan penularan tiga varian baru yang lebih ganas iaitu Beta, Delta dan Alpha.
Kes baru Covid-19 di Malaysia kini memasuki lima angka untuk tiga hari berturut-turut dengan rekod tertinggi lebih 13,000 kes semalam.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai