Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

PNBBC mahu komitmen TPM untuk RCI TH, kes Adib dan siasat Tommy

Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PNBBC) memohon Timbalan Perdana Menteri yang baru menyegerakan penubuhan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) Tabung Haji bagi menyiasat pengurusan dan operasi Lembaga Tabung Haji (TH).

Majlis penyokong kerajaan juga menggesa siasatan turut dibuat melibatkan dakwaan isu penjualan aset-aset TH ketika pentadbiran Pakatan Harapan (PM).

Sementara itu, pengerusinya Shahidan Kassim juga berharap kes kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim dipercepat, selain menubuhkan RCI menyiasat dakwaan penyelewengan fakta memoir bekas peguam negara Tommy Thomas.

“Ketiga isu ini penting untuk disegerakan memandangkan ia berkait rapat dengan kepentingan awam dan keyakinan rakyat terhadap institusi kerajaan, kehakiman dan proses keadilan dalam negara,” katanya.