PM arah tindakan segera tangani bebanan operasi hospital di Klang
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini meninjau keadaan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di Klang yang mengalami bebanan teruk dalam operasinya.
Semasa lawatan ke Jabatan Trauma dan Kecemasan, serta Jabatan Forensik HTAR itu, Muhyiddin menjelaskan bantuan akan segera untuk melancarkan operasi hospital itu.
"Saya juga telah mengarahkan penambahan segera 151 katil di Kompleks Rawatan Ibu dan Anak (KRIBA) serta tambahan 15 ventilator bagi kegunaan HTAR.
“Saya juga mengarahkan agar aspek kesihatan mental dalam kalangan anggota dan rakyat sentiasa diberikan perhatian secara serius bagi memastikan kebajikan dan moral kakitangan terus dijaga,” katanya, lapor Astro Awani.
Jabatan kecemasan HTAR baru-baru ini mendapat perhatian setelah gambar katil kanvas sesakdi seluruh jabatan itu bagi menempatkan pesakit Covid-19.
Seorang doktor memberitahu Malaysiakini bahawa jabatan kecemasan hospital itu kelihatan seperti "filem bencana."
Selain itu, jabatan forensik memerlukan peti simpanan mayat sejuk beku untuk menangani jumlah kematian yang semakin meningkat sementara perkhidmatan pesakit luar harus dihentikan untuk memberi keutamaan kepada pesakit Covid-19.
Dengan penambahan 151 katil tersebut, HTAR dilaporkan memiliki 606 katil, selain pertambahan katil ICU daripada 51 kepada 72 dalam tempoh segera.
Perdana menteri bekata Selangor pada masa ini mempunyai lebih 5,000 katil untuk pesakit Covid-19 dan semua hospital awam digunakan untuk merawat pesakit Covid-19, kecuali Hospital Shah Alam.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai