Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Sri Ram dedah surat pelantikan baru sebagai pendakwa dalam kes Rosmah

Pihak pendakwaan dalam kes rasuah membabitkan Rosmah Mansor hari ini mendedahkan surat pelantikan baru bertarikh tahun ini bagi menunjukkan bahawa Gopal Sri Ram mempunyai kuasa melakukan pendakwaan dalam kes berkenaan.

Rosmah sebelum ini didakwa atas tuduhan rasuah berkaitan projek solar hibrid di Sarawak bernilai RM1.25 bilion.

Semasa prosiding mahkamah terbuka hari ini, Sri Ram yang merupakan bekas hakim mahkamah persekutuan memaklumkan perkara itu kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Perkara itu didedahkan semasa perbicaraan hari ini berhubung bantahan awal oleh pasukan pembelaan Rosmah terhadap Sri Ram yang diberikan kebenaran untuk mengemukakan permohonan yang berkaitan.

Hari ini pada mulanya ditetapkan untuk mendengar permohonan Rosmah membatalkan perbicaraan rasuah berkaitan projek membekalkan tenaga solar kepada 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

Inti permohonan Rosmah untuk membatalkan perbicaraan rasuahnya bergantung kepada kesahihan surat pelantikan Sri Ram untuk melakukan pendakwaan dalam kes berkenaan.

Sri Ram merupakan pendakwa utama dalam perbicaraan rasuah terhadap Rosmah, yang pada 18 Februari lalu diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi untuk membela diri dalam kes rasuah berkenaan.

Semasa prosiding hari ini, Sri Ram memberitahu mahkamah bahawa surat pelantikan baru bertarikh 21 Mei tahun ini, telah ditandatangani oleh Peguam Negara, Idrus Harun.

Dia menjelaskan bahawa surat itu, yang berkuat kuasa mulai 30 Ogos 2018, memberikannya kuasa untuk melakukan pendakwaan terhadap kes rasuah solar membabitkan Rosmah.

[Baca berita penuh]