Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

GLOBAL | Gempa bumi gegar sempadan California-Nevada

GLOBAL | Gempa berkekuatan 6.0 pada skala Richter melanda sempadan California-Nevada pada Khamis petang, diikuti puluhan gegaran susulan, menurut United Press International (UPI).

Gegaran itu dicatatkan antara Walker dan Coleville di daerah Mono, California kira-kira 37 kilometer barat daya Smith Valley, Nevada pada 3.50 petang.

Pegawai Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata gegaran turut dirasai di barat San Francisco dan di Carson City, Nevada hingga ke Visala, California.

Sekurang-kurangnya 40 gempa susulan dilaporkan berhampiran pusat gempa dengan skala antara 3.0 hingga 4.6.

Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.

- Bernama