Tiada fakta jelas PM hilang kepercayaan dewan - peguam negara
Kerajaan tidak mempunyai apa-apa fakta jelas yang menunjukkan bahawa perdana menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat, kata Peguam Negara Idrus Harun
Katanya, berdasarkan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan, penentuan sama ada seseorang itu mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat hendaklah ditentukan oleh mereka sendiri, bukan kenyataan media parti atau pemimpin politik.
“Oleh itu, dari segi undang-undang, YAB perdana menteri dan jemaah menteri sedia ada ternyata masih kekal untuk terus menjalankan kuasa eksekutif persekutuan,” katanya.
Umno awal pagi ini mengumumkan menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan mendesaknya berundur bagi membolehkan penggantinya dipilih.
Presidennya Zahid Hamidi tidak menyebut secara khusus berkaitan kedudukan anggota parlimen Umno.
Bagaimanapun, menurut sumber, Zahid menyerahkan kepada mereka untuk membuat keputusan sendiri ketika pengundian dalam Dewan Rakyat, termasuk yang melibatkan usul percaya atau tidak percaya terhadap Muhyiddin.
Bernama melaporkan Idrus memasuki kawasan rumah perdana menteri di Bukit Damansara, Kuala Lumpur.
Selain Idrus, antara yang dipercayai hadir adalah Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kanan Luar Hishammuddin.
Pasgi tadi, bekas peguam negara Mohamed Apandi Ali berkata Muhyiddin perlu mengemukakan usul undi percaya terhadapnya pada sidang parlimen akan datang.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai