Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Pejabat PM harap lantikan Ismail perkuat perpaduan parti kerajaan

Pejabat Perdana Menteri berharap pelantikan Ismail Sabri Yaakob sebagai timbalan perdana menteri dan Hishammuddin Hussein sebagai menteri kanan akan meningkatkan keupayaan kerajaan khususnya dalam menghadapi pandemik Covid-19.

“Pelantikan ini akan dapat membantu YAB perdana menteri menguruskan pentadbiran negara dan memenuhi keperluan rakyat dalam keadaan negara sedang menghadapi krisis kesihatan dan ekonomi pada masa ini,” kata PMO.

Dalam kenyataan hari ini, PMO juga berharap ia akan memperkuatkan perpaduan dalam kalangan parti parti kerajaan dan memperkukuhkan kerajaaan dengan tadbir urus yang telus, bebas rasuah dan berintegriti.  

Dalam kenyataan sama petang ini, PMO mengumumkan lantikan anggota parlimen Umno itu, berkuat kuasa serta-merta.

Di samping mengekalkan portfolio masing-masing (menteri pertahanan dan menteri luar), Hishammuddin akan mengambil alih pentadbiran kluster keselamatan serta membantu perdana menteri dalam pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara.