Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Kes animasi: Polis soal siasat 4 lagi aktivis

Polis memanggil empat lagi aktivis untuk memberi keterangan berkaitan animasi tentang dakwaan individu yang ditangkap dan dipukul polis.

Ia selepas polis menyerbu pejabat Freedom Film Network (FFN) di Petaling Jaya dan rumah kartunis Amin Landak pada 2 Julai lalu. Polis juga telah menyoal siasat Amin dan pengasas bersama FFN, Anna Har.

Tengah hari ini, aktivis Suaram D Sevan, Mohammad Alshatri dan Kua Kia Soong serta pengasas bersama Misi Solidariti, Sharon Wah pula akan disoal siasat di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Suaram menyifatkan tindakan itu sebagai satu intimidasi.

Animasi berjudul 'Chilli Powder and Thinner’ terbitan Suaram itu dikatakan digarap berdasarkan kisah benar seorang remaja berusia 16 tahun yang ditangkap dan dipukul oleh polis bersama dua individu lain.

Semalam, Persatuan Hak Asasi Manusia (Hakam) mengecam siasatan itu dan menyifatkannya sebagai "tindak balas" oleh pihak polis.