Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

6,387 kes baru Covid-19 dengan lebih separuh di Lembah Kelang

COVID-19 | Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini mengumumkan sebanyak 6,387 kes baru Covid-19 dikesan dengan lebih separuhnya dicatatkan di Lembah Kelang.

Di Selangor saja sebanyak 2,610 kes baru direkodkan. Ia merupakan hari ketujuh Selangor mencatatkan kes baru melebih angka 2,000.

Satu daripada lapan kes baru di negeri itu melibatkan mereka yang mengalami gejala tetapi tidak berkaitan dengan mana-mana kluster sedia ada, mahupun menjadi kontak rapat kepada kes positif.

Kuala Lumpur juga mencatatkan peningkatan dengan 819 kes baru.

Setakat semalam, kadar R-naught untuk seluruh negara adalah 1.06. Ia menandakan kadar penularan masih dalam peningkatan.

Kawasan yang mencatatkan kadar R-naught di bawah 1.00 adalah Johor, Kelantan, Labuan, Negeri Sembilan, Terengganu, Perlis dan Sarawak. 

Berikut maklumat utama wabak Covid-19 hari ini:

  • Pesakit sembuh: 4,532
  • Kes baru: 6,387
  • Kes aktif : 69,447
  • Pesakit dalam ICU: 923
  • Pesakit perlukan bantuan pernafasan: 433
  • Kematian: 77

Kematian

Terdapat 77 kematian yang dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah korban setakat ini seramai 5,574 orang.

Selangor mencatatkan kes kematian tertinggi dengan 30 kes, diikuti Kuala Lumpur (10), Negeri Sembilan (10), Melaka (8), Johor (7), Pahang (4), Kedah (4), Kelantan (3) dan Labuan (1).

Terdapat 13 pesakit yang disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital. 

Untuk maklumat lanjut mengenai kes kematian, layari laman penjejak Covid-19 Malaysiakini.

Kluster

Sebanyak 13 lagi kluster baru yang dikenal pasti hari ini, menjadikan jumlah kluster aktif pada masa ini sebanyak 855 kluster.

Jumlah kluster yang telah tamat setakat ini pula sebanyak 2,076 kluster.

Sebanyak 11 kluster baru dalam kategori tempat kerja dan dua lagi kategori komuniti.