Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Lebih 600,000 warga emas masih menunggu untuk divaksin

Seramai 604,152 warga emas yang sudah mendaftar untuk fasa kedua Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) masih menunggu untuk dipanggil mendapat dos pertama vaksin berkenaan.

Jumlah itu adalah 21 peratus daripada individu berusia 60 tahun dan ke atas yang sudah mendaftar di seluruh negara.

Ia juga bermaksud baru 125,191 warga emas di Malaysia sudah mendapat vaksin masing-masing antara tempoh 30 Jun hingga semalam (4 Julai).

Data itu dibentangkan menteri yang bertanggungjawab bagi PICK, Khairy Jalamuddin, dalam sesi taklimat mingguannya hari ini.

Jumlah itu adalah lebih rendah berbanding apa yang dijanjikan Khairy pada 20 Jun lalu iaitu semua warga emas yang berdaftar akan mendapat janji temu mereka dalam masa dua minggu.

Untuk rekod fasa kedua PICK membabitkan warga emas, orang kelainan upaya (OKU) dan individu yang memiliki komorbiditi

Di seluruh negara pula seramai 6,282,986 orang - atau 85 peratus - daripada individu yang berdaftar di bawah fasa kedua sudah divaksin setakat ini.

Bagaimanapun bagi kategori OKU masih rendah dengan hanya 127,775 orang atau 39 peratus sudah mendapat suntikan.

Sementara itu menurut Khairy seramai 3.85 juta orang ratau 93 peratus individu yang memiliki komorbiditi sudah divaksin di seluruh negara.

Individu yang berumur melebih 60 tahun dan menderita penyakit kronik merupakan sebahagian besar korban Covid-19. Kumpulan itu juga merupakan sebagian besar daripada pesakit yang memerlukan bantuan alat pernafasan atau diberikan rawatan rapi.

[Baca berita penuh]