FFM: Lanjutan PKP sebabkan lebih banyak kerugian pada industri
Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FFM) menimbulkan kebimbangan bahawa lanjutan fasa pertama Kawalan Pergerakan di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) akan menyebabkan kerugian lebih besar bagi pemain industri.
FMM dalam satu kenyataan berkata, lanjutan itu sehingga tiga indikator dicapai bagi beralih kepada fasa 2 adalah sangat mengecewakan komuniti perniagaan, khususnya sektor pembuatan.
Ia menimbulkan kebimbangan akan lebih banyak pernigaan ditutup atau terpaksa mengecilkan operasi akibat masalah kewangan.
"Terdapat juga kebimbangan akan kerosakan yang disebabkan oleh perintah sekatan berpanjangan ini terhadap daya saing Malaysia sebagai hab pembuatan serantau utama bagi banyak industri yang merupakan sebahagian daripada rantaian bekalan global," katanya.
FMM berkata, pengurangan kapasiti operasi kilang di sektor penting menyebabkan cabaran terhadap hasil pengeluaran, serta sekatan pada rantaian bekalan mereka.
Oleh itu, FMM berkata banyak pelanggan industri yang terjejas membatalkan pesanan mereka dan beralih kontrak ke rantau lain.
Dikatakan banyak pengeluar tempatan juga menghadapi kesan tindakan undang-undang daripada pelanggan asing yang menyebabkan pengeluaran mereka dihentikan akibat kelewatan penghantaran.
"FMM telah menerima maklum balas bahawa beberapa syarikat multinasional yang ada mungkin membuat keputusan yang tidak bagus untuk memindahkan operasi mereka keluar dari Malaysia, memandangkan ekonomi global meningkat tetapi operasi mereka di Malaysia tidak dapat menyokong permintaan yang meningkat.
"Oleh itu, sangat penting bagi kerajaan untuk menilai semula sektor-sektor yang dibolehkan beroperasi dengan pertimbangan sewajarnya diberikan kepada sektor-sektor berasaskan eksport [...]," katanya sambil menambah syarikat-syarikat tersebut telah membantu ekonomi negara melalui pendapatan, peluang pekerjaan serta sumber pelaburan langsung yang besar.
FMM berkata pemain industri juga menyoal kewajaran kerajaan menggunakan tiga indikator - termasuk purata kes harian Covid-19 menurun di bawah 4,000 kes - sebelum beralih kepada fasa 2.
"Penting bahawa ambang ini disokong secara ilmiah dan berdasarkan data kerana terdapat kebimbangan bahawa walaupun setelah lockdown selama empat minggu, jumlah kes tetap tinggi yang menunjukkan bahawa lockdown penuh mungkin bukan penyelesaian terbaik.
"Sebaliknya, industri mencadangkan agar kerajaan mempertimbangkan lockdown khusus di negeri atau kawasan yang disasarkan pada jumlah jangkitan tertinggi untuk memutuskan rangkaian jangkitan," katanya.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai