Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

5,803 kes baru, 81 korban

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan terdapat 5,803 kes baru Covid-19 yang dilaporkan hari ini.

Bilangan kes baru di Pahang (220) dan Melaka (355) menyaksikan peningkatan sejak tujuh hari lalu.

Di Pahang, Kuantan dan Temerloh antara daerah yang menyaksikan peningkatan paling tinggi.

Di Melaka pula, jumlah kes baru hari ini adalah 86.6 peratus lebih tingg berbanding kadar purata sejak tujuh hari lalu.

Berikut status penularan wabak Covid-19 di Malaysia hari ini:

  • Pesakit sembuh: 5,193
  • Kes baru: 5,803
  • Pesakit dalam ICU: 866
  • Pesakit perlukan bantuan pernafasan: 435
  • Kes kematian: 81

Berikut pecahan kes baru mengikut negeri:

  • Selangor (2,108)
  • Negeri Sembilan (741)
  • Kuala Lumpur (628)
  • Sarawak (491)
  • Melaka (355)
  • Johor (329)
  • Pahang (220)
  • Sabah (189)
  • Kedah (186)
  • Pulau Pinang (160)
  • Perak (137)
  • Kelantan (103)
  • Labuan (99)
  • Terengganu (29)
  • Putrajaya (24)
  • Perlis (4)

Kematian

Terdapat 81 kematian hari ini menjadikan jumlah kematian keseluruhan akibat Covid-19 di negara ini menjadi 4,884.

Jumlah kematian pada bulan Jun sahaja setakat ini adalah 2,088.

Mangsa termuda hari ini adalah seorang lelaki berusia 26 tahun. Korban selebihnya adalah mereka yang berumur antara 31 hingga 97 tahun.

Kluster

Sebanyak 868 daripada 2,755 kluster masih aktif. Ini termasuk 14 kelompok baru yang dilaporkan hari ini. Perincian kelompok baru adalah seperti berikut:

Industri Tanjung Suria
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Selangor
Daerah: Kuala Langat dan Sepang
Jumlah yang dijangkiti: 26 daripada 57 disaring

Tapak Bina Cybersouth Utama
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Selangor
Daerah: Sepang
Jumlah yang dijangkiti: 15 daripada 81 disaring

Industri Jalan Enam Salak Tinggi
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Selangor
Daerah: Sepang
Jumlah yang dijangkiti: 11 daripada 39 disaring

PLO Jalan Perak
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Johor
Daerah: Johor Bahru
Jumlah yang dijangkiti: 10 daripada 53 disaring

Perindustrian Bakri Satu
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Johor
Daerah: Muar
Jumlah yang dijangkiti: 6 daripada 58 disaring

Tapak Bina Pintasan Segambut
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Kuala Lumpur
Daerah: Kepong
Jumlah yang dijangkiti: 152 daripada 176 disaring

Jalan Usaha Jaya
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Pulau Pinang
Daerah: Seberang Perai Tengah
Jumlah yang dijangkiti: 11 daripada 60 disaring

Industri Serkam 2
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Melaka
Daerah: Jasin dan Melaka Tengah
Jumlah yang dijangkiti: 40 daripada 122 disaring

Bandar Rantau Panjang
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Kelantan
Daerah: Pasir Mas
Jumlah yang dijangkiti: 10 daripada 55 disaring

Penjara Jalan Harapan 2
Kategori: Pusat Tahanan
Negeri: Selangor
Daerah: Gombak
Jumlah yang dijangkiti: 21 daripada 145 disaring

Tembok Tawau
Kategori: Pusat Tahanan
Negeri: Sabah
Daerah: Tawau
Jumlah yang dijangkiti: 9 dari 61 disaring

Nyelutong
Kategori: Komuniti
Negeri: Sarawak
Daerah: Samarahan, Bentong, Sibu, Lubuk Antu dan Sri Aman
Jumlah yang dijangkiti: 39 daripada 154 disaring

Permatang Pasir Bachok
Kategori: Komuniti
Negeri: Kelantan
Daerah: Bachok
Jumlah yang dijangkiti: 18 daripada 55 disaring

Changkat Intan
Kategori: Kumpulan berisiko tinggi
Negeri: Perak
Daerah: Hilir Perak dan Batang Padang
Jumlah yang dijangkiti: 35 daripada 350 disaring