1.9 juta individu lengkapkan dua dos vaksin - Adham
Sebanyak 6,823,104 dos vaksin telah diberikan di negara ini setakat semalam di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba hari ini.
Dr Adham menerusi perkongsian di Twitter berkata jumlah penerima dos pertama ialah 4,924,334 orang dan daripada jumlah itu, 1,898,770 orang menerima dos kedua, sekali gus melengkapkan vaksinasi mereka.
Sementara itu, lima negeri yang mencatatkan penerimaan kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor dengan 251,260 orang, diikuti Johor (199,873), Sarawak (195,607), Perak (173,389) dan Kuala Lumpur (163,987).
Mengenai vaksinasi harian PICK, beliau berkata sebanyak 268,604 dos diberikan semalam berbanding 252,773 dos pada hari sebelumnya.
Menurut Dr Adham daripada jumlah itu, 175,201 merupakan penerima dos pertama manakala 93,403 adalah dos kedua.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai