Surat Hishammuddin untuk jadi PM palsu, kata pejabatnya
Pejabat Bendahari Agung BN, Hishammuddin Hussien menafikan bahawa Ahli Parlimen Sembrong itu telah menulis surat kepada Yang di-Pertuan Agong dengan mendakwa mendapat sokongan BN untuk menjadi perdana menteri yang baru.
Pasukan komunikasi Hishammuddin memaklumkan melalui akaun Twitternya semalam bahawa surat yang tersebar dalam talian itu adalah "palsu dan tidak benar".
"Surat yang tersebar yang dikaitkan dengan DS @HishammuddinH2O adalah palsu dan tidak benar. Ini hanyalah provokasi politik yang berniat jahat, mengadakan fitnah untuk mengelirukan umum," katanya.
Menurut surat yang dikatakan bertarikh 22 Jun itu dan diterima oleh pegawai istana semalam, Hishamuddin kononnya mendakwa Majlis Tertinggi BN sebulat suara menyokongnya sebagai perdana menteri.
Dia juga berjanji melantik perdana menteri sekarang Muhyiddin Yassin serta dua bekas perdana menteri Najib Razak dan Dr Mahathir Mohamad dalam majlis penasihat perdana menteri.
Surat itu menyenaraikan nama yang dicadangkan menganggotai barisan kabinet merangkumi Ahli Parlimen dan senator dari Perikatan Nasional, Warisan dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Senarai itu menamakan Hishammuddin sebagai perdana menteri dan menteri kewangan, manakala Azmin Ali dan Ismail Sabri dicadangkan sebagai timbalan perdana menteri pertama dan kedua.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai