5,244 kes baru, kes di Lembah Klang masih tinggi
Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 5,244 kes Covid-19 baru dan 83 lagi kematian.
Sebilangan besar kes baru dikesan di Lembah Klang (48.6 peratus). Bukan warganegara merangkumi 18.06 peratus kes baru.
Jumlah kes Covid-19 yang aktif kini berada pada pola menurun selama 18 hari berturut-turut sementara jumlah pesakit yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) juga semakin menurun sejak mencapai kemuncak pada 16 Jun.
Kes aktif: 60,816
Pesakit di ICU: 879
Pesakit memerlukan bantuan pernafasan: 433
Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
- Selangor - 2,001 (233,048)
- WPKL - 531 (72,644)
- Johor - 282 (68,828)
- Sabah - 129 (68,029)
- Sarawak - 577 (61,566)
- Negeri Sembilan - 677 (40,226)
- Kelantan - 81 (33,951)
- Pulau Pinang - 159 (33,485)
- Perak - 75 (25,349)
- Kedah - 189 (23,793)
- Melaka - 180 (16,552)
- Pahang - 245 (12,456)
- Terengganu - 27 (11,017)
- WP Labuan - 77 (7,295)
- WP Putrajaya - 13 (2,192)
- Perlis - 1 (575)
Situasi penularan di Lembah Klang atau Negeri Sembilan masih tidak menunjukkan penurunan yang ketara.
Jumlah kes baru di Lembah Klang (2,545) sedikit lebih tinggi daripada yang biasa dilihat dalam 14 hari terakhir.
Pahang (245) melaporkan jumlah kes baru tertinggi dalam 18 hari.
Sehingga semalam, angka R-naught untuk negara ini terus stabil pada 0.96, naik dari paras rendah baru-baru ini pada 0.90 seperti yang dilihat pada 12 Jun.
Selagi nilai R-naught berada di bawah 1.00, ini merupakan petunjuk bahawa penyebaran Covid-19 semakin perlahan.
Kawasan dengan R-naught lebih dari 1.00 adalah Negeri Sembilan (1.03). Kawasan dengan angka R-naught terendah adalah Terengganu (0.69), Putrajaya (0.75) dan Pahang (0.80).
Kematian
Kementerian Kesihatan melaporkan 83 kematian baru disebabkan Covid-19 hari ini, menjadikan jumlah kematian keseluruhan seluruh negara menjadi 4,637.
Sehingga hari ini, 1,841 orang dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19 pada bulan ini sahaja, iaitu purata 80 mangsa sehari.
Selangor (35) melaporkan jumlah kematian tertinggi diikuti oleh Kuala Lumpur (9), Johor (8), Sabah (7), Negeri Sembilan (7), Kelantan (6), Sarawak (3), Labuan (3), Perak (2), Perlis (1), Kedah (1) dan Melaka (1).
Mangsa termuda berusia 26 tahun. Terdapat tujuh mangsa yang dinyatakan mati ketika tiba di hospital.
Kluster
Pada masa ini, terdapat 851 kluster Covid-19 yang aktif - pertambahan satu kluster berbanding semalam.
Terdapat 24 kluster baru yang diklasifikasikan hari ini, di mana 15 berkaitan dengan tempat kerja dan tujuh berkaitan dengan penularan komuniti, dengan kebanyakannya dikesan di Sarawak.
Industri Jalan Bacang
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Selangor
Daerah: Gombak
Jumlah yang dijangkiti: 38 daripada 74 disaring
Tapak Bina Warisan Puteri
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Selangor
Daerah: Sepang
Jumlah yang dijangkiti: 65 daripada 105 disaring
Jalan Perdagangan Alam Jaya
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Selangor
Daerah: Kuala Selangor
Jumlah yang dijangkiti: 19 daripada 72 disaring
Jalan Enam Selatan Dua
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Selangor
Daerah: Sepang, Kuala Langat, Petaling, Klang, Hulu Selangor dan Hulu Langat
Jumlah yang dijangkiti: 92 dari 330 disaring
Jalan Bandar Satu
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Selangor
Daerah: Gombak
Jumlah yang dijangkiti: 25 daripada 28 disaring
Industri Jalan Kidamai Dua
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Selangor
Daerah: Hulu Langat
Jumlah yang dijangkiti: 18 daripada 34 disaring
Industri Perusahaan Utama
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Selangor
Daerah: Hulu Langat
Jumlah yang dijangkiti: 30 daripada 43 disaring
Industri Jalan Macalister
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Pulau Pinang
Daerah: Timur Laut dan Seberang Perai Utara
Jumlah yang dijangkiti: 21 daripada 83 disaring
Tingkat Perusahaan 6A
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Pulau Pinang
Daerah: Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Selatan
Jumlah yang dijangkiti: 14 daripada 137 disaring
Industri Jalan Usaha Dua
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Melaka
Daerah: Melaka Tengah dan Alor Gajah
Jumlah yang dijangkiti: 31 daripada 588 disaring
Jalan Mangga Satu
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Melaka
Daerah: Melaka Tengah
Jumlah yang dijangkiti: 25 daripada 51 disaring
Jalan Raja Bot
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Kuala Lumpur
Daerah: Titiwangsa
Jumlah yang dijangkiti: 19 daripada 30 disaring
Jalan Kukuban
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Kuala Lumpur
Daerah: Titiwangsa
Jumlah yang dijangkiti: 34 daripada 44 disaring
Jalan Kempas Permatang
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Johor
Daerah: Johor Bahru
Jumlah yang dijangkiti: 8 daripada 32 disaring
Pasar Kemunting
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Pahang
Daerah: Kuantan
Jumlah yang dijangkiti: 17 daripada 118 disaring
Nanga Tada
Kategori: Komuniti
Negeri: Sarawak
Daerah: Kanowit
Jumlah yang dijangkiti: 107 daripada 179 disaring
Jalan Kuala Tatau
Kategori: Komuniti
Negeri: Sarawak
Daerah: Tatau dan Bintulu
Jumlah yang dijangkiti: 22 daripada 29 disaring
Sungai Kotak
Kategori: Komuniti
Negeri: Sarawak
Daerah: Meradong
Jumlah yang dijangkiti: 34 daripada 101 disaring
Tanjong Lelengau
Kategori: Komuniti
Negeri: Sarawak
Daerah: Pakan
Jumlah yang dijangkiti: 52 daripada 90 disaring
Lorong Tun Mamat Dua
Kategori: Komuniti
Negeri: Melaka
Daerah: Melaka Tengah
Jumlah yang dijangkiti: 28 daripada 37 disaring
Kampung Segambut Dalam
Kategori: Komuniti
Negeri: Kuala Lumpur
Daerah: Kepong
Jumlah yang dijangkiti: 70 daripada 573 disaring
Jerung Surau
Kategori: Komuniti
Negeri: Terengganu
Daerah: Marang dan Hulu Terengganu
Jumlah yang dijangkiti: 33 daripada 139 disaring
Jalan Sepang
Kategori: Kumpulan berisiko tinggi
Negeri: Selangor
Daerah: Sepang
Jumlah yang dijangkiti: 18 daripada 89 disaring
Tembok Jelebu
Kategori: Pusat Tahanan
Negeri: Negeri Sembilan
Daerah: Jelebu
Jumlah yang dijangkiti: 44 daripada 557 disaring
Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai