Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Nazri: Umno tak lagi perlukan Anwar

Pada 2018, setiausaha agung BN ketika itu Nazri Aziz menyatakan sokongan Umno terhadap Anwar Ibrahim supaya parti itu tidak dibubarkan jika presiden PKR menjadi perdana menteri.

Nazri - kini lantang menentang kerjasama Umno-Anwar - berkata ketika itu perkara itu perlu bagi memastikan kelangsungan partinya.

“Ketika itu, saya rasa perlu rapat dengan PM akan datang, dan kemudian pujuk dia supaya tidak bubarkan Umno.

“Kerana (perdana menteri ketika itu) Dr Mahathir Mohamad mahu bubarkan Umno,” katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Bagaimanapun, katanya, keadaan berubah selepas kerajaan Pakatan Harapan tumbang pada Februari 2020.

Dengan kembalinya Umno ke dalam kerajaan, katanya, Anwar tidak lagi diperlukan.

“Sekarang saya yakin Umno tak akan dibubarkan,” katanya ketika ditanya kenapa dia beralih arah daripada Anwar.

Ahli Parlimen Padang Rengas mengaku terlibat dalam pengumpulan akuan bersumpah (SD) 25 daripada 42 anggota parlimen Umno yang mendukung Menteri Luar Hishammuddin Hussein sebagai perdana menteri.

Nazri mendakwa Zahid memberi maklumat mengelirukan kepada Yang di-Pertuan Agong bahawa ahli parlimen BN menyokong Anwar sebagai perdana menteri.

Zahid berkata surat pengakuan yang dikatakan dikeluarkannya itu sebagai palsu. Bagaimanapun bekas setiausaha agung Umno Annuar Musa mengeluarkan kenyataan sebaliknya.

[Baca berita asal]