Penduduk Palestin di Sheikh Jarrah diserang lagi
GLOBAL l Polis Israel menyerang keluarga Palestin di kawasan penempatan Sheikh Jarrah di Baitulmaqdis Timur yang diduduki pada Ahad, lapor Agensi Anadolu.
Menurut saksi, polis menghalang penduduk memasuki kawasan itu dengan menggunakan belantan.
Polis turut menggunakan kekerasan untuk menyuraikan wartawan dan rakyat Palestin yang berada di kawasan itu.
Pasukan keselamatan Israel juga menyerbu sebuah rumah di kawasan kejiranan dan menyerang penghuninya.
Pada Sabtu, pihak keselamatan Israel menembak gas pemedih mata ke arah penduduk dan mereka yang bersolidariti dengan penduduk di kawasan kejiranan itu.
Ketegangan meningkat di seluruh wilayah Palestin sejak April selepas keputusan mahkamah Israel untuk mengusir keluarga Palestin dari kediaman mereka di Sheikh Jarrah yang memihak kepada penceroboh Yahudi.
Keadaan bertambah buruk selepas pasukan Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa Baitulmaqdis dan menyerang jemaah.
Ketegangan merebak ke Semenanjung Gaza, dengan Israel melancarkan serangan udara yang mengorbankan sekurang-kurangnya 290 penduduk Palestin, termasuk wanita dan kanak-kanak, dan meninggalkan kesan kemusnahan. Pusat kesihatan dan pejabat media serta sekolah antara yang menjadi sasaran serangan.
Pada 21 Mei, gencatan senjata mengakhiri serangan 11 hari Israel di Gaza dengan Mesir bertindak sebagai orang tengah.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai