Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Polis selesai siasat pemandu wanita maut dirempuh lori

Polis telah melengkapkan kertas siasatan berhubung kemalangan ngeri yang menyebabkan seorang pemandu wanita maut di Jalan Chemor-Jelapang, di Ipoh semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata sehubungan itu, pemandu lori yang terbabit dalam nahas itu telah dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Polis telah selesai mengambil keterangan lelaki berusia 44 tahun itu dan kertas siasatan sudah dilengkapkan, katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam kemalangan kira-kira 10.30 pagi berhampiran persimpangan lampu isyarat Jalan Jelapang itu, Noor Aishah Mohd Tahir, 26, yang berseorangan, maut di tempat kejadian selepas kereta dipandunya dirempuh sebelum terperosok di bawah lori yang terbabas dan masuk ke laluan bertentangan.

-Bernama