Bayi berusia dua hari ditemukan di perhentian bas
Seorang bayi perempuan dipercayai berusia dua hari, ditemukan di perhentian bas berhadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Sri Sendayan, dekat Seremban, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohd Said Ibrahim berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada kira-kira 11.58 pagi berhubung penemuan bayi itu.
"Bayi perempuan tersebut dalam keadaan sihat dan telah dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ), Seremban untuk pemeriksaan lanjut," katanya dalam kenyataan di Seremban hari ini.
Mohd Said berkata polis sedang menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-kanak 2001.
Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan untuk tampil dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Adi Khusaini Saripudin di talian 012-7778789.
Hari ini tular gambar dan video berdurasi 26 saat di laman sosial berkenaan penemuan bayi yang dipercayai diletakkan di dalam kotak di perhentian bas berhadapan sebuah sekolah di Felda Sri Sendayan.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai