Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

4,949 kes baru, peningkatan di Sarawak

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan terdapat 4,949 kes baru Covid-19 yang dilaporkan hari ini.

Selangor kekal menjadi negeri dengan kes baru tertinggi dengan 1,523 kes.

Ia disusuli Sarawak yang menunjukkan peningkatan dengan 744 kes baru. Ia merupakan jumlah kes baru tertinggi di negeri itu sejak 27 Mei lalu.

Perincian lanjut berkenaan situasi Covid-19 di Malaysia akan diketahui menerusi kenyataan rasmi KKM petang ini.

Berikut adalah jumlah kes baru mengikut negeri:

  • Selangor: 1,523
  • Sarawak: 744
  • Kuala Lumpur: 503
  • Johor: 430
  • Negeri Sembilan: 323
  • Sabah: 273
  • Pulau Pinang: 214
  • Kelantan: 214
  • Kedah: 199
  • Perak: 136
  • Melaka: 119
  • Labuan: 113
  • Terengganu: 86
  • Pahang: 61
  • Putrajaya: 10
  • Perlis : 1

[Baca berita asal]