'Kalau Dr M masih nak tadbir negara kenapa dulu letak jawatan'
Ahli Parlimen Tanjung Malim, Chang Lih Kang menyoal hasrat bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad yang dikatakan masih berminat mentadbir negara, sedangkan dia melepaskan jawatan sebelum ini.
"Kalau Tun Mahathir masih berminat mentadbir negara, kenapa dia letak jawatan sebagai perdana menteri pada 24hb Feb 2020? #TakFaham," ciapnya di Twitter, malam ini.
Terdahulu bekas Mahathir mendedahkan dia mencadangkan penubuhan kerajaan ala Majlis Gerakan Negara (Mageran) pada tahun 1969 semasa menghadap Yang di-Pertuan Agong.
“Agong tidak kata tidak, tetapi titah baginda, cadangan pembentukan Mageran harus datang daripada pihak kerajaan.
“Tetapi saya ragu kerajaan akan cadangkan perkara ini,” kata Mahathir dalam sidang media atas talian hari ini.
Katanya, isu siapa akan mengetuai Mageran tidak dibincangkan tetapi dia ada menawarkan bantuan jika dikehendaki kerajaan.
Untuk rekod Mahathir meletakkan jawatan pada 24 Feb tahun lalu selepas Bersatu bertindak meninggalkan Pakatan Harapan (PH).
Presiden Umno, Mohamad Sabu pada ciapan di Twitternya pula berkata perjuangan pembangkang kini untuk menamatkan darurat yang terbukti gagal menangani Covid-19.
Najib: 'Letak dalam kandang lembu'
"Perjuangan kita adalah untuk menamatkan darurat yang terbukti gagal menangani Covid-19 dan merosakkan sistem demokrasi.
"Kenapa perlu kepada darurat 2 (Mageran)," ciap bekas menteri pertahanan era PH.
Sementara itu, bekas perdana menteri Najib Razak secara sinis di Facebooknya mengimbau tindakan Mahathir dalam menangani pandemik Covid-19.
Katanya, Najib menyarankan kerajaan perlu menyekat pelawat dari China serta-merta untuk elak Covid menular ke Malaysia.
"Jawapan PM4/7/7i dan bakal PM9i (dicadang sendiri): Tak perlu sekat sebab keadaan Covid di Malaysia belum kritikal.
"Tak boleh kuarantin juga sebab nak letak mereka kat mana?
"Letak dalam kandang lembu," tulis Najib dalam satu hantaran di Facebooknya.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai