Polis cekup ahli Star dituduh mencabul
Polis Sabah telah menahan seorang anggota Parti Solidariti Tanah Airku Rakyat Sabah (Star) yang dituduh mencabul perserta Unduk Ngadau (pertandingan ratu cantik sempena Hari Kaamatan).
Philip Among, yang telah digantung oleh parti itu, ditangkap pada petang semalam sejurus selepas mengadakan sidang media untuk menafikan tuduhan terhadapnya.
Pesuruhjaya Polis Sabah Hazani Ghazali dipetik akhbar The Star mengesahkan Among sedang disiasat setelah seorang peserta Unduk Ngadau mendakwa dia telah mencabulnya di dalam sebuah kereta pada 19 Mei.
Polis sedang menyiasat kes tersebut bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan berkaitan kesalahan menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah kepada mana-mana orang dengan niat hendak mencabul.
Tuduhan terhadap Among muncul pada hari Rabu, selepas itu Star menggantung keahliannya.
Sebelum penangkapannya, Among telah mengumumkan pada sidang akhbarnya bahawa dia akan menyaman wanita yang menuduhnya mencabul.
Dia juga akan menyaman pengawal keselamatan Persatuan Budaya Kadazandusun Sabah yang menuduh Philip berkelakuan kasar terhadapnya.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai