Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

9,020 jangkitan baru, 98 kematian

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan terdapat 9,020 kes baru Covid-19 yang dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan wabak itu kini sebanyak 558,534 kes.

Ia merupakan jumlah kes baru tertinggi buat hari kelima berturut-turut.

KKM juga melaporkan rekod kematian terbaru iaitu 98 kes, menjadikan jumlah korban keseluruhan setakat ini sebanyak 2,650.

Seramai 844 pesakit kini di rawat di Unit rawatan rapi (ICU), dengan 430 memerlukan bantuan pernafasan.

Susulan peningkatan mutakhir ini, kerajaan akhirnya setuju untuk menguatkuasakan penutupan penuh sektor ekonomi dan sosial - atau 'total lockdown' - yang akan berkuat kuasa Selasa ini.

Kerajaan sebelum ini dilihat keberatan untuk berbuat demikian.

Hari ini Selangor mencatatkan 2,836 kes baru - angka tertinggi sejak gelombang ketiga melanda kembali pada pertengahan April lalu.

Kelantan juga mencatatkan jumlah kes baru tertinggi dengan 907 kes. Begitu juga dengan Labuan yang turut mencatatkan rekod 253 kes.

Labuan melaporkan 253 kes baru, yang tertinggi sejak bermulanya wabak ini, melebihi jumlah negari jiran Sabah.

Berikut jumlah kes baru mengikut negeri:

  • Selangor - 2,836
  • Kelantan - 907
  • Negeri Sembilan - 898
  • Kuala Lumpur - 789
  • Sarawak - 726
  • Johor - 468
  • Kedah - 468
  • Pulau Pinang - 345
  • Melaka - 340
  • Labuan - 253
  • Perak - 272
  • Sabah - 265
  • Pahang - 216
  • Terengganu - 189
  • Putrajaya - 29
  • Perlis - 19 

Kematian

Jumlah kematian baru hari ini sebanyak 98, menjadikan jumlah keseluruhan korban akibat Covid-19 di Malaysia sejak bermulanya wabak ini adalah sebanyak 2,650.

Kematian baru dicatatkan di Selangor (27), Kuala Lumpur (14), Johor (14), Negeri Sembilan (8), Kedah (8), Pulau Pinang (5), Sarawak (5), Sabah (4), Terengganu ( 4), Pahang (3), Melaka (2), Kelantan (2), Labuan (1), Perak (1).

Korban termuda adalah seorang remaja berusia 18 tahun dari Negeri Sembilan, yang mempunyai sejarah asma.

Seorang lagi yang meninggal berusia 27 tahun, dan dua yang lain meninggal pada usia 37 dan 38 tahun.

Kluster

Sebanyak 630 daripada 2,146 kluster masih aktif. Ini termasuk 23 kluster baru yang dilaporkan hari ini.

Perincian kluster baru adalah seperti berikut:

Jalan Teknokrat Lima
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Selangor
Daerah: Sepang
Jumlah yang dijangkiti: 9 dari 246 disaring

Persiaran Tiga Selayang
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Selangor
Daerah: Gombak dan Hulu Selangor
Jumlah yang dijangkiti: 8 daripada 63 disaring

Bukit Permai Utama Tiga
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Selangor
Daerah: Hulu Langat dan Sepang
Jumlah yang dijangkiti: 21 daripada 34 disaring

Industri Jalan Berlian
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Johor
Daerah: Pontian dan Kulai
Jumlah yang dijangkiti: 15 daripada 58 disaring

Jalan Istimewa Satu
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Johor
Daerah: Johor Bahru
Jumlah yang dijangkiti: 15 daripada 175 disaring

Industri Jalan Lapan
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Kelantan
Daerah: Kota Bharu, Bachok, Tumpat, Machang dan Pasir Mas
Jumlah yang dijangkiti: 46 daripada 138 disaring

Jalan Klinik Pasir Puteh
Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Kelantan
Daerah: Pasir Puteh dan Bachok
Jumlah yang dijangkiti: 15 daripada 97 disaring
Industri Batu 16 Bemban

Kategori: Tempat Kerja
Negeri: Melaka
Daerah: Jasin
Jumlah yang dijangkiti: 34 daripada 126 disaring

Patuma
Kategori: Acara keagamaan
Negeri: Sabah
Daerah: Kota Kinabalu
Jumlah yang dijangkiti: 11 daripada 133 disaring

Taman Desa Harmoni
Kategori: Acara keagamaan
Negeri: Johor
Daerah: Kluang
Jumlah yang dijangkiti: 14 daripada 20 disaring

Jalan Bagan Ajam
Kategori: Acara keagamaan
Negeri: Pulau Pinang
Daerah: Seberang Perai Utara
Jumlah yang dijangkiti: 11 daripada 39 disaring

Trolak Utara
Kategori: Acara keagamaan
Negeri: Perak
Daerah: Batang Paandg dan Kinta
Jumlah yang dijangkiti: 10 daripada 53 disaring

Rengas Jaya
Kategori: Acara keagamaan
Negeri: Perak
Daerah: Kuala Kangsar dan Perak Tengah
Jumlah yang dijangkiti: 29 daripada 50 disaring

Taman Asean Dua
Kategori: Acara keagamaan
Negeri: Melaka
Daerah: Melaka Tengah
Jumlah yang dijangkiti: 24 dari 88 disaring

Tapak BC Sekinchan
Kategori: Komuniti
Negeri: Selangor
Daerah: Sabak Bernam
Jumlah yang dijangkiti: 45 daripada 240 disaring

Sungai Sian
Kategori: Komuniti
Negeri: Sarawak
Daerah: Maradong
Jumlah yang dijangkiti: 22 daripada 57 disaring

Jalan Damai Tangkak
Kategori: Komuniti
Negeri: Johor
Daerah: Tangkak
Jumlah yang dijangkiti: 20 daripada 29 disaring

Dah Kedawang
Kategori: Komuniti
Negeri: Kedah
Daerah: Langkawi
Jumlah yang dijangkiti: 34 daripada 170 disaring

Paya Terbakar
Kategori: Komuniti
Negeri: Pulau Pinang
Daerah: Seberang Perai Utara
Jumlah yang dijangkiti: 22 daripada 70 disaring

Kampung Baru Bentong
Kategori: Komuniti
Negeri: Pahang
Daerah: Bentong
Jumlah yang dijangkiti: 27 daripada 54 disaring

Kampung Matang
Kategori: Komuniti
Negeri: Terengganu
Daerah: Hulu Terengganu
Jumlah yang dijangkiti: 52 dari 245 disaring

Sungai Simpang
Kategori: Komuniti
Negeri: Labuan
Daerah: Labuan
Jumlah yang dijangkiti: 7 daripada 27 disaring

Jalan Ng Song Teik
Kategori: Institusi pendidikan swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan
Negeri: Perak
Daerah: Kinta
Jumlah yang dijangkiti: 13 daripada 35 disaring