Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

PPV untuk penduduk Kinta hanya di Stadium Indera Mulia

Penduduk di daerah Kinta, Perak diingatkan hanya perlu ke pusat pemberian vaksin (PPV) bertempat di Stadium Indera Mulia di Ipoh bagi setiap janji temu suntikan vaksin Covid-19.

Jabatan Kesihatan Perak dalam kenyataannya memaklumkan orang ramai di daerah terbabit diminta mengabaikan notifikasi lokasi vaksinasi melalui aplikasi MySejahtera yang memaklumkan lokasi selain Stadium Indera Mulia.

"Sekiranya anda menerima notifikasi seperti dalam infografik ini, sila abaikan vaccination location seperti yang tertera dalam MySejahtera anda.

"Anda perlu ke Health Facility: Stadium Indera Mulia, Kinta bagi mendapatkan vaksinasi anda," menurut kenyataan yang disertakan dengan tangkap layar aplikasi MySejahtera menunjukkan terdapat notifikasi lokasi vaksinasi di pejabat kesihatan selain PPV berkenaan.

Sementara itu, MySejahtera dalam Twitter rasminya meminta pengguna memuat turun semula aplikasi berkenaan sekiranya mengalami masalah pada laman vaksinasi.

- Bernama