Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Undi18: PM, dua yang lain mesti jelaskan di mahkamah

Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dan dua yang lain mesti menjelaskan di mahkamah mengenai kelewatan pelaksanaan penurunan had usia mengundi di Malaysia dari 21 kepada 18 tahun, kata pasukan peguam mewakili Persatuan Pengundi Muda (Undi18).

Peguam berhujah demikian semasa pendengaran hari ini mengenai permohonan kumpulan itu untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan tindakan undang-undang terhadap kerajaan agar melaksanakan penurunan had usia mengundi di negara ini.

Undi18 mengemukakan hujah balas terhadap bantahan Jabatan Peguam Negara (AGC) agar permohonan mereka untuk meneruskan semakan ditolak.

AGC mewakili Muhyiddin dan kerajaan selaku responden. Turut dinamakan sebagai responden adalah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Sebelum ini, dilaporkan bahawa AGC membantah permohonan semakan kehakiman oleh Undi18, dengan alasan semua undang-undang dan peraturan yang diperlukan perlu diubah terlebih dahulu sebelum penurunan usia mengundi boleh dilaksanakan.

AGC berpendapat bahawa permohonan semakan kehakiman oleh Undi18 adalah sembrono, remeh dan pramatang.

Semasa perbicaraan hari ini di hadapan hakim Ahmad Kamal Md Shahid, peguam Undi18, Gurdial Singh Nijar berkata kebenaran harus diberikan kepada kumpulan tersebut, sehingga ketiga-tiga responden dapat datang ke mahkamah untuk menyatakan pendirian mereka terhadap tindakan undang-undang tersebut.

Peguam berkata mahkamah tidak dapat membuat keputusan mengenai hal ini sekarang, kerana hanya semasa pendengaran kes itu, ketiga-tiga responden boleh mengemukakan justifikasi mereka melalui afidavit dan dokumen mahkamah lain.

Gurdial berpendapa pada peringkat ini, tidak ada afidavit atau bukti lain diberikan kepada mahkamah untuk keputusan tersebut dibuat.

"Kita harus menunggu pendengaran substantif (jika kebenaran diberikan kepada Undi18 untuk meneruskan semakan kehakiman) agar semua pihak datang ke mahkamah dengan alasan mereka agar Yang Arif (Ahmad Kamal) membuat keputusan," kata Gurdial.

[Baca berita penuh]