Logo Malaysiakini
Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Rekod baru 6,976 kes, 346 kematian minggu ini

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan terdapat 6,976 kes baru Covid-19 yang dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini kepada 512,091 kes.

Ia merupakan kes baru harian tertinggi setakat ini, melepasi jumlah sebelumnya iaitu 6,806 kes hanya pada tiga hari lalu (20 Mei).

Ia juga merupakan hari kelima berturut-turut bilangan kes baru melangkaui angka 6,000.

Selangor kekal sebagai negeri dengan kes baru tertinggi, dengan 2,235 kes.

Status utama wabak Covid-19 hari ini:

  • Kes sembuh: 3,587 (jumlah setakat ini - 452,821)
  • Kes baru: 6,976 (6,971 tempatan, 5 import)
  • Pesakit di ICU: 681
  • Pesakit perlukan bantuan pernafasan: 361
  • Korban: 49 (jumlah setakat ini - 2,248)

Berikut jumlah kes baru mengikut negeri:

  • Selangor - 2,235
  • Sarawak - 663
  • Kelantan - 626
  • Johor - 549
  • Kuala Lumpur - 447
  • N Sembilan - 434
  • Kedah - 422
  • P Pinang - 372
  • Perak - 279
  • Terengganu - 266
  • Pahang - 263
  • Melaka - 209
  • Sabah - 136
  • Labuan - 37
  • Putrajaya - 30
  • Perlis - 8