Dr M: Tiada rundingan dengan PN meski Pejuang tak didaftar
Parti Dr Mahathir Mohamad, Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) tidak berniat menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) semata-mata untuk didaftarkan.
Dr Mahathir dilapor The Malaysian Insight bahawa dia tidak akan sama sekali berunding perkara itu dengan Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin.
“Tidak, tidak. Tak usah rundinglah, kita tidak akan bersama dengan mereka,” katanya seperti dilapor.
Dr Mahathir turut menegaskan bahawa Hamzah menolak permohonan pendaftaran Pejuang atas alasan politik.
Permohonan Pejuang untuk didaftarkan sebelum ini ditolak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) walaupun dikatakan telah memenuhi semua syarat yang ditetapkan.
Dr Mahathir yang juga pengerusi Pejuang percaya keputusan itu sengaja dibuat oleh Hamzah dan juga Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk menyekat Pejuang daripada bertanding pilihan raya.
“Hamzah, Muhyiddin arah dalam pilihan raya, parti musuh tak dapat didaftar jadi mereka boleh menang tanpa bertanding.
“Ini penipuan, kerajaan secara terbuka tipu rakyat,” katanya.
Pejuang sebelum ini turut menerima amaran keras daripada ROS untuk menghentikan semua aktiviti parti dan menghentikan penggunaan logo.
Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) yang diterajui oleh Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman juga masih gagal mendaftar dengan ROS, yang turut dikaitkan dengan dakwaan atas campur tangan politik.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai